Wednesday 3 October 2012

Penempatan Penduduk


Fungsi petempatan luar Bandar

            -Pusat mengumpul dan memproses hasil pertanian
            -Menyediakan kemudahan asas
            -Menyediakan kemudahan awam
            -Melaksanakan urusan pentadbiran kerajaan

Faktor yang mempengaruhi perletakan dan taburan petempatan luar Bandar

            -Bentuk muka bumi
            -Kesuburan tanih
            -Darjah ketersampaian
            -Keselamatan
            -Bekalan air
            -Governan      

Bandar

  1. Bandar adalah suatu unit politik, petempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk atau suatu kelompok rumah kediaman atau lain-lain struktur atau kadangkala ia juga dilihat dari segi penghuninya saja. Sebagai contohnya mengikut Bangsa-Bangsa Bersatu (Demographic Yearbook) 1968-1969 menyatakan bahawa di Malaysia sesuatu kawasan boleh dianggap bandar bila penduduknya berjumlah 10,000 orang atau lebih.10,000 orang atau lebih.
  2.  Keduanya bandar adalah satu gabungan antara tempat dengan penghuninya. Di sini bandar ditakrifkan untuk meliputi keseluruhan elemen semulajadi, sosial dan keseluruhan elemen buatan manusia yang terkelompok dalam kawasan yang mempunyai ramai penduduk; penduduknya mempunyai kebudayaan yang tinggi termasuklah dalam berbagai-bagai kemahiran tetapi tidak dapat menghasilkan tenaga yang mencukupi.
  3. Ketiganya dari segi fungsi ia boleh dianggap sebagai satu ekosistem  terbuka yang mengembangkan kebudayaan bandar melalui pertukaran bahan dan tenaga. Di sini, dengan adanya sistem pengangkutan yang baik, kawasan pedalaman dapat menyediakan sumber-sumber yang diperlukan oleh bandar (pekerja) dan pekerja pula dapat menyerap beberapa hasil dari bandar.


            -Bandar pentadbiran / ibu negeri
            -Bandar pelancongan
            -Bandar pelabuhan
            -Bandar Diraja
            -Bandar pertahanan
            -Bandar sempadan
            -Bandar perindustrian
            -Bandar perlombongan
            -Bandar pendidikan
            -Bandar satelit
            -Bandar teknologi maklumat

Faktor yang mempengaruhi peletakan dan taburan petempatan Bandar

            -Bentuk muka bumi
            -Sumber mineral
            -Darjah ketersampaian
            -Faktor sosial
            -Governan


Sumbangan luar bandar kepada bandar

Sumbangan bandar kepada luar Bandar

-Menyumbangkan tenaga buruh
-Membekalkan hasil pertanian
-Membekalkan bahan mentah
-Pusat pengumpul dan pengedar hasil
 pertanian
-Menyediakan pasaran barang kilang dari
 Bandar
-Peluang pekerjaan
-Kemudahan pendidikan
-Perkhidmatan pengangkutan dan
 perhubungan
-Perkhidmatan kewangan
-Perkhidmatan pentadbiran

Pembandaran

Fungsi Bandar Satelit
Fungsi Bandar Baru
-Menyediakan kawasan petempatan /
 perumahan
-Menyediakan kemudahan asas/awam
 yang lengkap
-Menjadi pusat pendidikan
-Menyediakan kawasan industri khusus
-Menyediakan peluang pekerjaan
-Perkembangan kegiatan perniagaan
-Pusat pentadbiran
-Membangunkan kawasan luar bandar
-Pembangunan industri
-Menyediakan pendidikan tinggi
-Perkembangan industri telekomunikasi
 moden
-Meningkatkan kegiatan perniagaan dan
 perdagangan
-Pusat pentadbiran


Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Proses Pembandaran
-Perkembangan sektor industri
-Migrasi penduduk yang pesat ke Bandar
-Pengelompokan aktiviti ekonomi spt. industri
-Pertambahan peluang pekerjaan
-Pengelompokan institusi kewangan
-Penyediaan kemudahan awam / asas yang lengkap
-Pemodenan sistem pengangkutan dan perhubungan
-Peningkatan kemudahan pendidikan tinggi
-Penyediaan pelbagai kemudahan kesihatan / perubatan
-Kemudahan sosial yang lengkap spt. kebudayaan,tempat ibadat,hiburan dan rekreasi
-Langkah kerajaan menaik taraf sesebuah bandar
-Pembukaan bandar-bandar baru
Kesan Proses Pembandaran
-Banyak bangunan pencakar langit
-Banyak kawasan tepu bina
-Pembinaan pangsapuri / rumah pangsa untuk petempatan
-Jalan raya diperluas / dinaik taraf
-Pembinaan pengangkutan moden spt. LRT, Komuter, Monorel
-Pembinaan kawasan rekreasi dan pusat hiburan
-Banyak pusat membeli-belah
-Pertambahan penduduk yang pesat
-Peluang pekerjaan bertambah
-Menggalakkan migrasi luar bandar ke bandar
-Pertambahan kawasan setinggan
-Pengangguran bertambah / kemiskinan bertambah
-Masalah sosial meningkat
-Kesesakan lalulintas
-Pencemaran udara oleh asap kenderaan dan kilang
-Kejadian banjir kilat
-Pencemaran sungai spt. kumbahan domestik dan sisa kilang

Langkah Mengurangkan Masalah Pembandaran
-Menyediakan tapak pelupusan sampah
-Penggunaan ‘insinerator’
-Kempen kitar semula barangan
-Menghijaukan bandar / bandar dalam taman
-Memperkenalkan pengangkutan menggunakan kuasa elektrik spt. LRT, Komuter
-Penggunaan petrol tanpa plumbum
-Penguatkuasaan undang-undang
-Membaiki sistem perparitan
-Melaksanakan projek tebatan banjir
-Penempatan semula setinggan
-Pembinaan Bandar satelit
-Kempen menggunakan pengangkutan awam
-Kempen kongsi kereta
-Melebar dan menaik taraf jalan raya
-Membina jalan raya bertingkat
-Laluankhas untuk bas / teksi
-Memindahkan pejabat pentadbiran kerajaan ke bandar baru


   


No comments:

Post a Comment