Sunday 7 October 2012

PUTARAN BUMI

PUTARAN BUMI
  • Bumi berputar pada paksinya iaitu satu garis lurus rekaan yang menganjur dari kutub utara ke kutub selatan.
  • Paksi ini tidak tegak lah tegak.
  • Paksi condong 23 1/2o dari satah tegak dan 66 1/2o dari satah orbit.
  • Putaran bumi dari barat ke timur.
  • Menyebabkan matahari kelihatan terbit dari sebelah timur dan terbenam di barat.
  • Satu putaran bumi mengambil masa 24jam.

Rajah 1.0 : Putaran bumi
Sumber dari : www.google.com

A.   KEJADIAN SIANG DAN MALAM

1. Bumi berputar dari barat ke timur.
2. Bumi mengambil masa 24 jam untuk  membuat 1 putaran lengkap.
3. Putaran bumi ini menyebabkan semua tempat di dunia mengalami  siang dan  
    malam.
4. Bahagian bumi yang menerima pancaran matahari mengalami siang.
5. Bahagian bumi yang tidak menerima pancaran matahari mengalami malam

Rajah 1.2 : Peredaran bumi mengelilingi matahari
Sumber dari : www.google.com

Rajah 1.3 : Kejadian siang dan malam

B.   KEJADIAN PASANG SURUT

  • Pasang surut ialah kejadian aras air tinggi dan aras air rendah di laut
  • Pasang surut berlaku dua kali sehari dalam tempoh 24 jam.
  • Tarikan graviti terhadap lautan akan menghasilkan bonjolan air yang menyebabkan pasang surut.
  • Tarikan graviti menarik air laut di permukaan bumi yang menghadap ke bulan dan menghasilkan air pasang.
  • Kejadian pasang surut di sebabkan oleh tarikan graviti antara:

                        1.      Bulan dengan bumi
                        2.      Matahari dengan bumi


Rajah 1.4: Kesan tarikan graviti bulan terhadap bumi
Sumber dari : www.google.com

AIR PASANG PERBANI

Sumber dari : www.google.com
Rajah 1.5: Kedudukan bumi, bulan dan matahari dalam kejadian air pasang perbani

·      Bulan, bumi dan matahari berada dalam satu garisan.
·      Julat air pasang dengan air surut adalah besar kerana tarikan graviti bulan dan 
       matahari bertindak mengikut arah yang sama.

AIR PASANG ANAK
  • Bulan, bumi dan matahari berada dalam suatu kedudukan yang bersudut  tepat.
Sumber dari : www.google.com
 Rajah 1.6: Kedudukan bumi, bulan dan matahari dalam kejadian air pasang anak







No comments:

Post a Comment