Monday 8 October 2012

UNIT 6: UNSUR-UNSUR CUACA DAN IKLIM

SUHU
  • Disukat menggunakan termometer dalam unit darjah Celcius
  • Termometer mengandungi raksa dan alkohol
  • Termometer six berbentuk U mencatat suhu tertinggi dan terendah dalam sehari
  • Termometer maksimum dan minimum (termometer Six) disimpan dalam alat Pelindung Stevenson untuk mengelak daipada pancaran matahari secara terus atau dirosakkan binatang
  • Termometer minimum mencatat suhu terendah, termometer maksimum mencatat suhu tertinggi
  • Min suhu harian, julat suhu harian, min suhu bulanan, min suhu tahunan diperoleh dari bacaan pada termometer

Gambar: Termometer Six
(Sumber: www.google.com)

ALAT PELINDUNG STEVENSON


Ciri-ciri alat pelindung Stevenson
  • untuk mengurangkan bahangan matahari di bahagian dalam alat itu
  • untuk mengurangkan bahangan haba bumi
  • dinding berbentuk ram supaya udara bergerak keluar masuk
  • dicat putih supaya haba dibalikkan
  • digunakan untuk menyimpan termometer Six dan higrometer
  • melindungi alat ukur cuaca daripada pancaran terus matahari
  • melindungi alat ukur cuaca daripada diganggu oleh manusia atau haiwan
  • memastikan bacaan suhu tepat kerana kotak pelindung Stevenson tidak mempunyai kesan bahangan terperangkap



Gambar: Alat Pelindung Stevenson
(Sumber: www.google.com)

HIGROMETER

Higrometer adalah sejenis alat untuk mengukur tahap kelembapan pada suatu tempat. Biasanya alat ini ditempatkan di dalam bekas (container) penyimpanan barang yang memerlukan tahap kelembapan yang terjaga seperti dry box penyimpanan kamera. Kelembapan yang rendah akan mencegah pertumbuhan kulat yang menjadi musuh pada peralatan tersebut.

Gambar: Higrometer
(Sumber: www.google.com)

No comments:

Post a Comment