Sunday 23 September 2012

iStudyAlarm

iStudyAlarm

Pada pemahaman kami, iStudyAlarm direka untuk membantu pelajar untuk belajar dengan SMART bagi membantu kekal fokus sebelum menduduki sebarang peperiksaan. Sebelum ini, seseorang pelajar yang ingin menduduki peperiksaan akan bertungkus lumus belajar secara HARD tanpa memikirkan makan, minum, tidur dan berehat. Kajian ini menunjukkan dengan penggunaan iStudyAlarm belajar dalam masa 20 minit berselang dan mengambil masa untuk rehatkan otak selama 5 hingga 10 minit. Ini adalah sangat bermanfaat untuk pembelajaran dan ingatan seseorang pelajar tersebut.

Bayangkan kita belajar terlalu lama dengan membaca nota dan membuat latihan tanpa rehat selama 2 atau 3 jam boleh menyebabkan otak seseorang itu letih serta hilang maklumat yang dibaca. iStudyAlarm ini diibarat sebagai jam loceng untuk mengejutkan kita apabila belajar terlebih dari masa yang sepatutnya dan panduan kita untuk melakukan perkara lain. Pelajar perlu tahu tahap tempoh yang sepatutnya untuk belajar dan berehat (perancangan). Pada pendapat kami, kita juga sebagai bakal guru boleh menggunakan aplikasi penggunaan iStudyAlarm untuk perancangan P&P untuk tentukan masa mengajar dan melakukan latihan di dalam kelas.

Layari website:http://spectrumeducation.com/portal/content/view/62/141/ untuk memdapatkan maklumat lanjut.





DEFINISI TEKNOLOGI PENDIDIKAN


TEKNOLOGI PENDIDIKAN

DEFINISI TEKNOLOGI

Teknologi adalah keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun (other organized knowledge) yang digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yang praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugasan sehingga tugasan tersebut mencapai kejayaan, Galbraith (1967).

DEFINISI TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Teknologi Pendidikan ialah satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksana proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Bidang teknologi maklumat ini dapat memenuhi pelbagai aktiviti seperti berikut:

  • Mengenal pasti semua bahan sumber pendidikan dan sumber manusia untuk P&P
  • Membangun, menghasilkan, mengelola dan menggunakan bahan sumber P&P.
  • Mengurus proses mengenal pasti, membangun, mengelola dan mengguna bahan sumber P&P.



Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan di dalam kelas. Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai bahan-bahan (BBM) untuk meningkatkan keberkesanan P&P.  

Teknologi Pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian P&P yang berkesan (BTP, 1991).


Sumber pendidikan digunakan untuk membantu guru dan murid melalui proses P&P dengan lebih berkesan. Penggunaan sumber pendidikan perlu dirancang dengan tiga peringkat, iaitu:
  •    Sebelum penggunaan  – merancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik yang diajar.
  •   Semasa penggunaan  – merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu    proses P&P
  •    Selepas penggunaan – merancang aktiviti lanjutan/ pengayaan dan pengukuhan

Sumber pendidikan yang dipilih berdasarkan kesesuaiannya dari segi topik dan objektif P&P, latar belakang murid, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah. Sumber pendidikan yang digunakan mengikut masa yang sesuai untuk mengoptimumkan P&P.


KEPENTINGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

  1. Melancarkan proses P&P
  2. Menjimatkan masa, tenaga dan kos
  3. Mengekalkan minat dan perhatian murid
  4. Mengelakkan berlakunya kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep yang diajar.
  5. Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir konsep dengan memberi gambaran yang menyeluruh dan jelas.
  6. Melibatkan pelbagai deria dan meningkatkan daya ingatan murid
  7. Membantu murid mendapat kesan pembelajaran yang optimum
  8. Memperkayakan pengalaman murid

                                                                                                                                                 Sumber dari: Pengurusan Sumber Pendidikan

MENGIRA WAKTU DAN MENENTUKAN TARIKH

 1.    MENGIRA WAKTU DAN MENENTUKAN TARIKH
  • Waktu tempatan ialah waktu di sesuatu tempat yang ditentukan berdasarkan waktu piawai.
  • Waktu tempatan ialah waktu di sesuatu tempat yang ditentukan berdasarkan waktu di Greenwich.
  • Waktu tempatan digunakan bagi menentukan dan menyatakan waktu di tempat-tempat dalam zon waktu yang sama.
  • Contoh: Diana yang tinggal di Santiago (longitud 71oB) menelefon ibunya di Kuala Lumpur (102oT). Waktu di Kuala Lumpur pada masa itu ialah 9.00 pagi, pada hari Jumaat, 10 April. Nyatakan waktu, hari dan tarikh di Santiago semasa Diana menelefon ibunya.

Penyelesaian:
Formula: 1jam =15o longitud

             I.      Perbezaan longitud di antara Kuala Lumpur dengan Greenwich ialah  102oT – 0o = 102o
            II.      Perbezaan longitud di antara Santiago dengan Greenwich ialah 71oB - 0o= 71o
           III.     Jumlah perbezaan longitud ialah: 102o + 71o = 173o
          IV.     Perbezaan waktu = 173o/15
                              
                               11
                        15√173
             15
               23
               15
                   8 x 4 = 32
= 11jam 32 minit

           V.    Ini bermakna waktu di Santiago ialah 11jam 32 minit lebih lewat daripada Kuala Lumpur.
= 9.00 pagi – 11jam 32 minit
= 9.28 malam, hari Khamis, 9 April